Thursday, September 26, 2013

Gazebo VS Pergola



Pada masa kini, hiasan rumah tidak terhad kepada hiasan dalaman tetapi pemilik rumah juga mementingkan hiasan laman (luaran). Hiasan laman bukan sahaja memberikan ketenangan kepada penghuni rumah tetapi ia juga memberikan kesegaran dan 'lively impact' kepada keseluruhan rumah.


Gazebo dan pergola adalah antara struktur yang sering menjadi pilihan kerana ianya menyediakan kawasan teduhan untuk menikmati keindahan laman namun kedua-duanya adalah berbeza. Struktur fizikal kedua-duanya adalah berbeza dari segi bentuk fizikal, kadar teduhan (the amount of shades it provides) dan rupa bentuk keseluruhan (overall appearance).

Sama ada gazebo mahupun pergola, ia bergantung kepada citarasa dan keperluan peribadi.

Gazebo

Gazebo datang dalam tiga bentuk iaitu bulatan, oktagon dan heksagon. Ia mempunyai bahagian tepi yang terbuka, kebiasaannya mempunyai penghadang di sekelilingnya dan ruangan untuk duduk. Bentuk bumbung gazebo  yang curam memberikan perlindungan kepada tetamu daripada hujan dan cuaca panas. Gazebo boleh dibuat dengan pelbagai saiz mengikut keperluan tetamu sama ada untuk tempat bersantai ataupun tempat untuk membuat persembahan.





Gazebo berbentuk segi empat



Gazebo berbentuk Heksagon



Gazebo berbentuk Oktagon


Pergola

Sama seperti gazebo, pergola juga boleh dibuat daripada kayu dan wrought iron. Perbezaan di antara gazebo dan pergola ialah, pergola mempunyai sisi dan bumbung yang terbuka yang mana ia tidak memberi teduhan daripada hujan dan panas. Manakala bentuk pergola boleh dibuat dalam bentuk segi empat tepat dan segi empat sama.  


Struktur binaan pergola adalah berbentuk kerangka terbuka dalam bentuk kepingan panjang yang dibuat daripada besi atau kayu.  

Pergola memberikan kadar teduhan yang minima yang membolehkan tetamu menikmati udara segar namun begitu ia tidak memberi perlindungan daripada hujan dan panas. Kebiasaannya pembinaan pergola ini bertujuan untuk menyerlahkan keindahan pokok-pokok bunga yang menjalar.






No comments:

Post a Comment