Thursday, September 26, 2013

Stepping Stone

Batu adalah salah satu unsur alam yang banyak memberi manfaat kepada kehidupan manusia. Selain daripada kayu, batu juga digunakan untuk membina rumah & juga sebagai hiasan terutama sekali hiasan laman.</font>

Antara keistimewaan batu sebagai hiasan ialah ianya lebih tahan lasak, mudah diselenggara, kuat dan tampak lebih semulajadi. 
Inspirasi Alam juga menyediakan perkhidmatan merekabentuk & membuat stepping stone. 
Acuan disediakan terlebih dahulu mengikut rekabentuk pesanan pelanggan. Kami juga menyediakan 'ready made stepping stone'. 
Simen adalah antara bahan utama dalam penghasilan stepping stone. Ia berfungsi untuk menjadi tapak & menetapkan kedudukan hiasan batu-batuan seolah-olah ia berfungsi sebagai 'gam'. 
Setelah simen diletakkan di dalam kotak acuan, batu-batu hiasan disusun mengikut rekabentuk yang disediakan. 
Antara rekabentuk stepping stone yang telah dihasilkan. 

2 comments: