Let us make you dreams come true..! Contact us now..!
Friday, November 22, 2013
Thursday, September 26, 2013
Stepping Stone
Batu adalah salah satu unsur alam yang banyak memberi manfaat kepada kehidupan manusia. Selain daripada kayu, batu juga digunakan untuk membina rumah & juga sebagai hiasan terutama sekali hiasan laman.</font>
Antara keistimewaan batu sebagai hiasan ialah ianya lebih tahan lasak, mudah diselenggara, kuat dan tampak lebih semulajadi.
Inspirasi Alam juga menyediakan perkhidmatan merekabentuk & membuat stepping stone.
Acuan disediakan terlebih dahulu mengikut rekabentuk pesanan pelanggan. Kami juga menyediakan 'ready made stepping stone'.
Simen adalah antara bahan utama dalam penghasilan stepping stone. Ia berfungsi untuk menjadi tapak & menetapkan kedudukan hiasan batu-batuan seolah-olah ia berfungsi sebagai 'gam'.
Setelah simen diletakkan di dalam kotak acuan, batu-batu hiasan disusun mengikut rekabentuk yang disediakan.
Antara rekabentuk stepping stone yang telah dihasilkan.
Gazebo VS Pergola
Pada masa kini, hiasan rumah tidak terhad kepada hiasan dalaman tetapi pemilik rumah juga mementingkan hiasan laman (luaran). Hiasan laman bukan sahaja memberikan ketenangan kepada penghuni rumah tetapi ia juga memberikan kesegaran dan 'lively impact' kepada keseluruhan rumah.
Gazebo dan pergola adalah antara struktur yang sering menjadi pilihan kerana ianya menyediakan kawasan teduhan untuk menikmati keindahan laman namun kedua-duanya adalah berbeza. Struktur fizikal kedua-duanya adalah berbeza dari segi bentuk fizikal, kadar teduhan (the amount of shades it provides) dan rupa bentuk keseluruhan (overall appearance).
Sama ada gazebo mahupun pergola, ia bergantung kepada citarasa dan keperluan peribadi.
Gazebo
Gazebo berbentuk segi empat
Gazebo berbentuk Heksagon
Gazebo berbentuk Oktagon
Pergola
Sama seperti gazebo, pergola juga boleh dibuat daripada kayu dan wrought iron. Perbezaan di antara gazebo dan pergola ialah, pergola mempunyai sisi dan bumbung yang terbuka yang mana ia tidak memberi teduhan daripada hujan dan panas. Manakala bentuk pergola boleh dibuat dalam bentuk segi empat tepat dan segi empat sama.
Struktur binaan pergola adalah berbentuk kerangka terbuka dalam bentuk kepingan panjang yang dibuat daripada besi atau kayu.
Pergola memberikan kadar teduhan yang minima yang membolehkan tetamu menikmati udara segar namun begitu ia tidak memberi perlindungan daripada hujan dan panas. Kebiasaannya pembinaan pergola ini bertujuan untuk menyerlahkan keindahan pokok-pokok bunga yang menjalar.
Wednesday, September 25, 2013
Inspirasi Alam Enterprise
Inspirasi Alam Enterprise telah mula beroperasi sejak Ogos 2013 dan beralamat di No. 4, Lorong Beringin 10, Taman Desaru Utama, Bandar Penawar, 81930 Kota Tinggi, Johor.
Ia adalah sepenuhnya milik syarikat Bumiputera dan ia mempunyai kepakaran dalam merekabentuk dan membina produk berasaskan kayu, merekabentuk landskap, mengubahsuai bangunan, membekal bahan binaan,membekal mesin dan kelengkapan bengkel serta menawarkan khidmat tenaga pengajar. Selain daripada itu, Inspirasi Alam Enterprise juga menawarkan perkhidmatan membekal cenderamata dan hadiah, membekal peralatan dan bahan jahitan serta membekal alat tulis.
MOTO : IMPIAN ANDA INSPIRASI KAMI
Bersesuaian dengan moto kami, setiap perkhidmatan yang diberikan adalah mengikut impian dan kehendak pelanggan, namun begitu khidmat nasihat tetap diberikan bagi memastikan produk yang dilaksana terhasil mengikut spesifikasi yang dirancang.
Kami juga amat menekankan kualiti kerja yang tinggi dan ketepatan masa di sepanjang proses penyiapan projek.
VISI
Sentiasa memperbaiki prestasi ke taraf yang lebih baik dari semasa ke semasa agar dapat memberi perkhidmatan yang terbaik dan memenuhi kehendak pelanggan.
KEISTIMEWAAN INSPIRASI ALAM ENT.
1) Kaedah perniagaan berasaskan Islam.
Pengamalan riba atau dengan kata lain tidak ada pengambilan keuntungan melebihi 100% modal dalam satu penghasilan produk dan sebaliknya kami memastikan setiap impian para pelangan menjadi realiti mengikut kemampuan peruntungan kewangan mereka.
3) Perkhidmatan kerja pemasangan PERCUMA.
CARTA ORGANISASI
INSPIRASI ALAM ENTERPRISE
Subscribe to:
Posts (Atom)